SEJARAH AWANG SULONG MERAH MUDA
SEJARAH AWANG SULONG MERAH MUDA
Seni Silat Awang Sulung Merah Muda diasaskan oleh seorang tokoh bernama Awang Sulong Merah Muda yang dikatakan pernah hidup di negeri Perak dan Kedah, Malaysia.
Seni Silat Awang Sulung Merah Muda ini diperturunkan kepada seorang pengasas Allahyarham Tuan Haji Shafie bin Zahid. Beliau merupakan Pawang Diraja Sultan Perak dan telah berguru dengan beberapa orang guru silat dari Patani.
Seni Silat Awang SuIung Merah Muda berasaI dari Siam Pattani dan telah diasaskan oleh seorang wanita benama Semerah. Pada asalnya ia berdasarkan kepada Kacak Hati yakni ilham yang terhasil daripada pergerakkan haiwan dan tumbuhan yang melata di muka bumi. Adalah dipercayai bahawa silat ini berusia sekitar 300 tahun dahulu. Semerah merupakan seorang gadis yang mempunyai seorang adik angkat bernama Awang yang berasal dari keturunan Diraja Siam. Dia telah melarikan diri dari istana kerana sikap ibu tirinya yang kejam. Kemudian telah dilslamkan oleh bapa angkatnya iaitu Wok Long Naidam.
Pada satu ketika, Semerah telah diganggu oIeh sekumpulan pemuda yang beniat jahat terhadapnya semasa dia mandi di anak sungai berdekatan dengan hutan yang tebal. Secara tidak langsung terhasil lah gerak bela diri yang pertama mengikut pergerakan haiwan yang dipelajarinya di dalam hutan. Selepas daripada peristiwa itu, Semerah pun memberitahu akan kejadian tersebut kepada bapanya. Bapanya merasa hairan bagaimanakah seorang wanita yang lemah dapat menewaskan musuh yang ramai dan gagah itu. Lalu diceritakanlah akan peristiwa dia menewaskan musuh-musuhnya tadi. Maka fahamlah Wak Long Naidam akan apa yang telah terjadi kepada anaknya. Lantaran itu, diarahnya Semerah agar mengajarkan ilmu tersebut kepada adik angkatnya, Awang walaupun pada masa itu seni itu tidak ada nama yang khusus.
Pada usia Awang berumur 18 tahun, beliau telah diuji oleh seorang Panglima Raja yang sombong lagaknya. Biduk Berlalu Kiambang Bertaut, begitulah tindakan yang disambut oleh Awang dengan mengalahkan Panglima Raja itu. Maka, terciptalah seni bela diri ini dengan nama Awang Sulung Merah Muda. Ia merupakan gabungan namanya serta kakaknya dan bergelar pendekar muda pada usia 18 tahun
Mengikut riwayat lain, nama Awang Sulung Merah Muda ini diberikan oleh ayahanda beliau kerana ketika beliau dilahirkan, warna tubuhnya merah muda tidak seperti kanak-kanak yang lain.
Kaedah yang terdapat di dalam seni beladiri ini adaIah tempur yang sebenar yang juga digunakan oleh tentera siam dahulu kala. Seni Silat Awang Sulung Merah Muda terbahagi kepada beberapa peringkat pembelajaran dari segi seni dan teknik. Dan bagi tahap tertinggi, HANUMAN SI MONYET PUTIH.
Menerusi beberapa generasi ia telah dipengaruhi oleh adat dan budaya bangsa Melayu. Namun teknik pukulannya masih lagi asli dan menjadi misteri kepada sesiapa yang tidak mempelajarinya. Ia dapat menumpaskan musuh pada jarak yang paling rapat yang tidak terduga oleh akal dan fikiran. Seperti dalam lif dan di tempat-tempat yang sempit dan ia tidak menggunakan tenaga yang banyak.





Post a Comment